![]() |
InsyaAllah |
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang . Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya , ramai pengikutnya maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya . Sebaliknya jikalau kurang segalanya , maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya . Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki . Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair :
“Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi . Istirehatkan hati
dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita . Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un” . Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais , bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat , masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi
daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias , tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena
anak kecil Qais . Menjerit-jeritlah si anak , kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang
sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu
tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu .” Begitulah sopan santunnya
dan pemaafnya Qais bin Asim ” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian
itu adalah dari Allah . Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil
kembali . Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan”
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi . Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah
ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita . Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita .
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina .
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita
daripada sifat marah .
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi .
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah . Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah .
f) Apabila datang marah , banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan
api kemarahan yang sedang membara .
api kemarahan yang sedang membara .
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas , hendaklah
tidur . Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
tidur
tidur . Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
tidur
i) Tauhid kita perlu tepat . Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan
kembali kepada Allah . Kenapa kita perlu marah.
kembali kepada Allah . Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah , kita tidak suka orang memarahi kita . Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan , juga tidak suka dimarahi . Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang .
orang lain yang melakukan kesilapan , juga tidak suka dimarahi . Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang .
P/s , Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku , cintanya adalah inspirasi yang bertaut dalam fitrah-Mu . Ya ALLAH , bantulah daku...