"Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya"
Si gadis : Perlahankanlah sikit moto nie ... saya takut la b .
Si lelaki : Tak nak .. bawak laju-laju macam nie ler seronok sayang .
Si gadis : Tak .. tak seronok pun .. tolonglah .. saya takut nie ..
Si lelaki : Kalau awak nak saya perlahan kan motosikal nie .. awak kena kata awak cintakan saya dulu ..
Si gadis : Ok . Saya cintakan awak !!
Si lelaki : Ok .. sekarang peluk saya kuat-kuat ..
*Si gadis memeluk si lelaki dengan begitu erat sekali*
Si lelaki : Awak .. boleh tolong tanggalkan helmet saya tak ? Kemudian pakaikan kat awak . Saya rasa tak selesalah pakai helmet nie ..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam surat khabar keesokkan harinya :
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu banggunan berpunca daripada kegagalan fungsi brek . Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut , dan hanya satu daripada mereka yang terselamat .
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah sebenarnya , semasa sedang menuruni jalan tersebut , si lelaki telah mendapati brek motosikalnya tak berfungsi , tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu . Sebaliknya , dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan pekataan "saya cintakan awak" dan merasa dakapan terakhir kekasihnya . Dia juga memberikan helmetnya kepada Si gadis dan mengharapkan kekasihnya itu selamat .. walaupun itu bererti dia akan terkorban .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi , jika anda mempunyai orang yang mencintai dan mengambil berat terhadap anda , beritahu dia yang anda sangat cintakan dia .
Semoga kita punya waktu untuk mengucapkannya . -AshrafBahari-
No comments:
Post a Comment